Skip to main content

Olahraga

Biar mereka tentukan masa depan saya -- Manshahar terima apa sahaja keputusan Olahraga Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man

Selepas berakhirnya temasya Sukan SEA Thailand 2025, kini tumpuan kearah kedudukan ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abdul Jalil, antara kekal ataupun tidak bersama Olahraga Malaysia lagi.

Bagi Manshahar, dia menerima sahaja apa jua keputusan Olahraga Malaysia mengenai kedudukannya dan dengan harapan segala keputusan yang diambil akan memberikan impak positif kepada barisan atlet.

Advertisement

"Pada saya ini bukan penilaian bagi saya sendiri, yang lebih penting ialah daripada pihak atasan untuk menilai prestasi, kemampuan dan keupayaan saya atas tanggungjawab yang diberikan.

"Pada saya, saya telah menjalankan apa yang dipertanggungjawabkan serta diamanahkan dengan sebaik mungkin. Bukanlah saya meminta atau tidak, ia bergantung pada keputusan pihak berwajib iaitu MA dan MSN sendiri.

"Saya menerima apa sahaja keputusan, buat masa sekarang saya masih bekerja dan bertugas, biar lah mereka yang menentukan masa depan saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Sementara itu, Manshahar turut berasa bangga dapat menutup kempen Sukan SEA 2025 dengan kutipan lima emas, lima perak dan enam gangsa, termasuk beberapa rekod temasya dan rekod kebangsaan.

Perkara itu juga merupakan penanda aras terbaik buat skuad olahraga negara mengejar misi penting untuk menggegar Sukan SEA Malaysia 2027 nanti.

"Ada sesuatu yang lebih besar lagi iaitu tahun 2027 dimana negara kita menjadi tuan rumah, apa yang terjadi semasa Sukan Sea Thailand adalah satu pencapaian yang baik cuma perlu usaha dan teruskan lagi di mana-mana peringkat.

"Bagi saya, kerjasama yang baik, perancangan strategik serta input-input baru mampu menjurus kepada kejayaan buat kita di Sukan Sea 2027. Bila semua menuju ke satu hala tuju yang sama, kejayaan pasti boleh dicapai," tambah Manshahar Abdul Jalil.

#Sukan Sea Thailand 2025, #Manshahar Abdul Jalil, #Olahraga Malaysia

Must Watch Video