Jodoh pemain kebangsaan, Gabriel Palmero, bersama Kuching City menemui titik noktah apabila kedua-dua pihak mengambil langkah penamatan kontrak secara bersama.
Laporan portal tempatan mengesahkan pemain kelahiran Sepanyol itu bukan lagi tonggak The Cats usai mengambil kira situasi berkenaan status terkini selepas penolakan rayuan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Advertisement
“Selepas keputusan diumumkan, kita telah berbincang dengannya dan bersetuju untuk menamatkan kontrak secara bersama,” kata Presiden Kuching City, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman.
Laman transfermarkt juga menunjukkan bintang berusia 24 tahun itu tidak lagi bersama Kuching City.
Palmero antara tujuh pemain yang digantung ekoran pemalsuan dokumen tatkala menyarung jersi Harimau Malaya tahun lalu.
Dia sempat membantu skuad kendalian Aidil Sharin Sahak menjaringkan satu dalam tiga penampilan Liga Malaysia (Liga-M).