Skip to main content

Sukan Lain

Bersenam bukan sekadar tahu bila perlu ‘push’, tapi juga bila perlu berhenti

FF
Advertisement

Dalam dunia kecergasan, kita sering didorong untuk mencabar kemampuan diri dengan mengangkat bebanan yang lebih berat, berlari lebih pantas atau berlatih dengan lebih bersunggunh-sungguh. Namun, sejauh mana kita lebih mengenali batas kemampuan tubuh sendiri?

Komuniti sukan tanah air menerima perkhabaran duka apabila seorang peserta lelaki berusia 42 tahun dilaporkan rebah ketika menyertai larian di Putrajay pada 1 November sebelum disahkan meninggal dunia di hospital berdekatan.

Advertisement

Tragedi tersebut membuka ruang untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memahami tubuh ketika melakukan sebarang aktiviti fizikal tidak kira sama ada di gymnasium, gelanggang atau pun trek larian, setiap individu mempunyai tahap kecergasan, persediaan dan kemampuan yang berbeza.

Betul, mencabar diri adalah salah satu cara dan sebahagian daripada proses untuk meningkatkan prestasi, namun penting untuk kita semua mengenali tanda amaran yang dihantar oleh tubuh badan masing masing seperti contoh; sakit dada, pening, rasa hendak pitam atau sesak nafas luar biasa.

Advertisement

Jika ada tanda tanda ini yang hadir ketika anda bersenam, hentikan aktiviti serta merta dan dapatkan bantuan perubatan kerana dalam sukan, kekuatan bukan hanya diukur melalui sejauh mana kita mampu memaksa diri tetapi juga mengetahui bila perlu memperlahankan intensiti, berehat atau berhenti.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video