Skip to main content

Bola Sepak

Berita baik, Chelsea sah bertandang ke Indonesia

Chelsea

Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, dalam satu kenyataan akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada Ogos ini sebagai salah satu venue pramusim 2026/27.

Menurut kelab tersebut, Indonesia terpilih dalam jelajah pramusim di Asia, selain Hong Kong dan Australia.

Advertisement

Kali terakhir The Blues hadir ke Indonesia pada 2013 di mana 80,000 penyokong hadir menyaksikan pasukan terkemuka England itu menewaskan Indonesia All-Stars 8-1 dengan Eden Hazard dan John Terry memainkan peranan penting.

Dan, paling menarik, kali ini Chelsea akan menentang wakil Serie A, AC Milan, sekali gus mampu menghimpunkan peminat dua kelab terhebat di dunia itu.

Must Watch Video