Skip to main content

Sukan

Beri peluang panggil semula jurulatih Malaysia di luar negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Faithal

Isu jurulatih Malaysia yang berkhidmat di luar negara terus menjadi perbualan hangat lebih-lebih lagi pasca Sukan SEA Thailand, baru-baru ini.

Antara nama yang disebut ialah Wong Choon Han, Tan Kim Her dan Dhaarma Raj Abdullah, yang disifatkan sebagai jurulatih berprestasi tinggi dan wajar dipanggil pulang.

Advertisement

Menurut pemerhati sukan, Dr. Mohamad Faithal Haji Hassan, Malaysia perlu membuat keputusan strategik sama ada membawa pulang jurulatih tersebut atau membiarkan mereka terus berkhidmat di luar negara.

"Mereka merupakan jurulatih-jurulatih senior. Ada pengalaman luas dan pencapaian ketika menjadi atlet sangat baik.

"Dan, telah terbukti mereka ini berjaya melatih atlet di luar negara.

"Pencapaian atlet Malaysia pula sedikit sebanyak dipengaruhi kemungkinan oleh ketidaktentuan kejurulatihan yang ada sekarang.

"Untuk jurulatih senior, ada keperluan membawa mereka pulang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

Dia menegaskan jika benar Malaysia mahu membawa mereka pulang, dua perkara perlu diberi perhatian, iaitu semakan semula kadar bayaran dan gaji, serta memberikan kebebasan kepada jurulatih untuk melaksanakan program latihan secara profesional.

"Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga persatuan sukan perlu menyemak semula kadar bayaran atau penggajian diberikan kepada jurulatih tempatan.

"Terdapat jurang besar tentang hasil dapatan di dalam dan luar negara.

"Sedangkan kualiti tidak jauh beza. Yang paling penting ialah apa yang dititikberatkan iaitu kebebasan berlatih.

"Ia memberi kesan yang besar untuk merangka program atau menyertai kejohanan. Itu perkara yang boleh diberi keutamaan jika kita mahu mereka kembali," katanya lagi. 

Must Watch Video