Skip to main content

Terjun

'Beri peluang buat penerjun negara tunjuk kredibiliti'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Pekan

Pemerhati sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli, menyifatkan syarat kelayakan ke Sukan Olimpik oleh Akuatik Dunia yang kini lebih ketat hadir bersama risiko Malaysia tiada wakil di Los Angeles (LA) pada 2028.

Ia bukan halangan, sebaliknya perlu dijadikan pemangkin buat atlet menggandakan prestasi mereka apa jua cara sekalipun khususnya bagi acara yang mempunyai potensi besar buat negara.

Advertisement

Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September turut menjadi penanda aras penting buat penerjun senior seperti Datuk Pandalela Rinong serta Nur Dhabitah Sabri untuk membuktikan masih relevan.

Melihat dalam jangka masa panjang, ia menjadi peluang terbaik buat kem terjun negara memperkukuh proses pembangunan atlet muda dengan menambah pendedahan bertanding dalam pelbagai pertandingan serta mencari lebih ramai atlet baru.

"Penerjun negara dalam proses transisi.

"Sekarang melibatkan proses peralihan daripada senior ke penerjun muda.

"Keputusan dalam kejohanan besar menyaksikan penerjun negara masih sukar menembusi kedudukan lapan terbaik dunia.

"Tetapi, peluang harus kerap diberikan kepada penerjun muda. Hantarlah mereka seberapa banyak kejohanan.

"Kita perlu percaya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf. 

Must Watch Video