Skip to main content

Bola Sepak

Bergson bangga hatrik sulung sebagai pemain tempatan, Zahedi terus cipta nama bersama JDT

Bergson bangga hatrik sulung sebagai pemain tempatan, Zahedi terus cipta nama bersama JDT

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva, mengakui bangga apabila berjaya meledak hatrik sulungnya di pentas Liga Super selepas beraksi sebagai pemain tempatan.

Bergson tampil cemerlang ketika membantu Harimau Selatan membelasah Star City 7-0 pada Sabtu, sekali gus meneruskan momentum hebat JDT dalam saingan Liga Super musim ini.

Meskipun sudah menjengah usia 35 tahun, penyerang kelahiran Brazil itu menegaskan dirinya akan terus memberikan yang terbaik setiap kali diberi kepercayaan untuk beraksi.

Bergson yang dinobatkan sebagai Pemain Import Terbaik Liga-M Awards 2025/2026 turut percaya kehadiran beberapa muka baharu dalam skuad JDT mampu menjadikan pasukan itu lebih ampuh untuk memburu kejayaan di pentas domestik dan antarabangsa.

Untuk rekod, Bergson kini sudah mengumpul 135 gol Liga Super secara keseluruhan sejak menyarung jersi JDT pada musim 2021, satu pencapaian yang mengukuhkan statusnya sebagai antara penyerang paling prolifik dalam sejarah kelab berkenaan.

Sementara itu, penyerang baharu JDT, Shahab Zahedi, tidak perlu menunggu lama untuk mencuri perhatian selepas mencatatkan enam gol dan satu bantuan gol dalam hanya tiga perlawanan Liga Super setakat ini.

Penyerang kelahiran Iran itu mengakui lega dengan permulaan positifnya di Iskandar Puteri, namun menegaskan keutamaan utama adalah memastikan JDT meraih kemenangan.

Menurut Zahedi, jaringan yang dihasilkan adalah bonus peribadi sekiranya ia membantu pasukan mencapai objektif utama.

Bekas penyerang Persepolis itu turut mengakui teruja dengan sambutan peminat serta suasana di Stadium Sultan Ibrahim, yang disifatkannya sebagai cukup menakjubkan.

Kehadiran Zahedi bersama ketajaman Bergson sekali gus memberikan lebih banyak pilihan di jentera serangan JDT, yang setakat ini tampil cukup garang selepas meledak 19 gol tanpa bolos dalam tiga perlawanan Liga Super.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement