Panama terpaksa menunggu lebih satu jam untuk sekurang-kurangnya pulang tanpa kekalahan apabila bernasib baik seri 1-1 dengan tuan rumah, India, dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Kanteerava, malam tadi.
Berita itu menjadi perhatian tatkala gergasi dari Amerika itu gagal menewaskan tuan rumah meskipun memiliki kelebihan ranking dunia lebih baik.
Untuk rekod, India menduduki carta ke-137 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), satu anak tangga di bawah Harimau Malaya sementara Panama berada dalam kelompok 50 terbaik.
Honours even at Kanteerava. 🇮🇳🇵🇦#INDPAN #BlueTigers #IndianFootball pic.twitter.com/MLvG94FqdJ
— Indian Football (@IndianFootball) September 25, 2026
Bintang warisan India-Australia, Ryan Williams, mencetak jaringan kedua peribadi selepas penampilan ketiganya bersama skuad kebangsaan pada separuh masa pertama dengan larian deras hasil serangan balas untuk meletakkan wakil Asia itu hadapan 1-0.
Omar Valencia menjadi wira pelawat, sekali gus mengekang India daripada memenangi aksi tersebut.
Bagaimanapun, peminat tempatan meraikan keputusan itu sambil menganggap ia adalah batu loncatan terbaik menentang antara pasukan terbaik dunia.
Mereka dijadualkan bertemu pemenang Piala Dunia lima kali, Brazil, pada 3 Oktober ini.