Yew sin bersama isteri Ayatori umum mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama. Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan foto hitam putih bersama baby bump, sekaligus menerima ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan.
Menerusi kapsyen ringkas ‘Can’t wait to see you soon 👶🏻❤️’ jelas menggambarkan keterujaan mereka selaku first-time parents. Apa yang pasti selepas sembilan bulan lain pula cabaran Yew Sin selaku bapa, dan cabarannya bukan sahaja berada di atas gelanggang.
Yew Sin antara pemain beregu lelaki yang cukup dikenali di Malaysia, atas aksi konsisten di pentas antarabangsa. Sepanjang kariernya, dia pernah meraih beberapa gelaran Jelajah Dunia BWF dan mewakili Malaysia dalam pelbagai kejohanan utama bersama gandingannya, Teo Ee Yi sebelum ini.
Apapun tahniah diucapkan kepada pasangan ini dalam menempuhi alam baru kehidupan, nampak gayanya Ayatori boleh berehat seketika daripada gelanggang dan fokus kepada kehamilan untuk sembilan bulan. Dan apa yang hampir pasti, Yew Sin dan Ayatori mempunyai pelapis dalam keluarga kecil ini!