Skip to main content

Berbasikal

Berbasikal Trek Kebangsaan: Pulih selepas 42 hari, Ridwan Sahrom jangka saingan sengit pelumba muda

j

Selepas 42 hari tidak berkayuh, Ridwan Sahrom, akhirnya kembali ke trek Velodrom Nasional, Nilai, meskipun mengakui masih berasa kekok selepas melalui fasa pemulihan yang mencabar.

Hari ini menjadi detik yang dinanti-nantikannya mendapat lampu hijau untuk kembali berkayuh bagi menandakan langkah pertama dalam usahanya merampas semula rentak dan keyakinan yang terhenti akibat kecederaan, namun bakal terlepas Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan minggu ini. 

Ridwan sebelum ini mengalami kecederaan sendi bahu kanan tahap tiga hingga empat akibat kemalangan dalam acara keirin siri Piala Negara-Negara Berbasikal Trek UCI di Hong Kong, April lalu.

Terlepas mempertahankan gelaran acara pecut dan keirin untuk Kejohanan Kebangsaan, Ridwan sempat berkongsi keterujaannya menjelang kejohanan itu minggu ini.

"Saya sudah mendapat lampu hijau daripada fisioterapi. Cuma saya perlu berjaga-jaga di tempat kecederaan.

"Saya gembira selepas dua hari kembali berlatih sejak ditimpa kecederaan paling teruk yang dialami ini.

"Kejohanan Kebangsaan kali ini akan menonjolkan ramai pelumba atas faktor Sukma (Sukan Malaysia) selain kehadiran Datuk Azizulhasni Awang, ia menjadikan cabaran lebih sengit," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video