Skip to main content

Berbasikal

Berbasikal Trek Asia: Kem latihan altitud tinggi di Kunming medan Zhen Yi mantapkan stamina

yi

Menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Filipina dari 25 hingga 31 Mac ini, pelumba wanita negara, Yeong Zhen Yi, diberikan cabaran untuk mencatat masa dibawah lima minit.

Menurut penolong jurulatih podium trek berbasikal endurance negara, Fairoz Izni Abd Ghani, sasaran Zhen Yi adalah memecahkan catatan peribadinya iaitu 5.01.804s (saat) yang dicipta dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Nilai pada edisi lalu, menerusi acara wanita elit 4km (kilometer) individual pursuit.

Advertisement

Untuk membantu persiapan Zhen Yi, Kunming, China dijadikan destinasi bagi menjalani kem latihan beraltitud tinggi 1,900 meter atas paras laut selama 20 hari bermula 1 Mac ini bagi meningkatkan stamina atlet berusia 22 tahun itu.

"Untuk kem di Kunming, kami sasarkan Zhen Yi dalam acara individual pursuit. Tahun lalu dia meraih gangsa jadi sasaran kami adalah pada dia.

"Dia sudah pecahkan rekod 17 tahun dahulu, kami harapkan dia dapat kekalkan kedudukan dia untuk terus berada dalam podium untuk Kelayakan ke Sukan Asia nanti." katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Untuk rekod, Zhen Yi merupakan pelumba berbasikal trek wanita Malaysia kedua selepas Uracca Leow pada 2008 yang berjaya menduduki podium dalam acara riben biru dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia, kategori endurance.

Must Watch Video