Skip to main content

Bola Sepak

Berbaju Melayu tonton Dion Cools di Jepun

Cools

Sekumpulan remaja dari Malaysia menyambut perayaan Aidilfitri penuh berbeza apabila bertandang ke Stadium Yodoko Sakura menyaksikan Cerezo Osaka menentang Vissel Kobe pada Ahad lalu.

Pengguna TikTok dengan nama hanifuci itu bersama rakan-rakannya segak memakai baju Melayu bersamping sebagai simbolik Hari Raya sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang di Jepun.

Advertisement

Dalam perlawanan itu, Osaka memenangi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas kedudukan terikat 1-1 dalam pertembungan liga.

@hanifuci Pengalaman manis, sambut hari raya sambil tengok match Cerezo Osaka vs Vissel Kobe dekat Jepun. #dioncools #cerezoosaka #visselkobe #yodokosakurastadium #footballtiktok ♬ original sound - hanifuci

Bintang Harimau Malaya itu tidak melepaskan peluang menjaringkan gol buat Osaka. 

Must Watch Video