Jaguh angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat, bakal beralih fokus kepada peningkatan "tenaga ledakan" dalam kategori bawah 85kg bagi menghadapi Sukan SEA 2027.
Perubahan itu perlu dilakukan ekoran acara bawah 79kg tidak akan dipertandingkan dalam Sukan SEA tahun hadapan, secara tidak langsung memperlihatkan penyesuaian segera perlu dilakukan olehnya dalam soal menambah berat dan bebanan untuk mengungguli cabaran dalam Sukan SEA.
"Dengan pertukaran kategori 79kg yang dihapuskan dan digantikan kepada 85kg, saya perlu bersaing dengan pemenang medal Sukan Olimpik.
"Oleh kerana saya pun belum pernah layak ke Sukan Olimpik, saya akan cuba merebut kedudukan podium," katanya di Nadi Arena.