Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan SEA

Ben Heng puas hati komitmen kem tenpin boling negara di Sukan SEA Thailand 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tenpin

Ketua jurulatih tenpin boling negara, Ben Heng, beranggapan temasya Sukan SEA Thailand 20205 memberikan pengalaman baru kepada barisan pemain negara terutamanya dengan pengenalan format berbeza kali ini.

Perubahan itu menyaksikan setiap pemain perlu melepasi enam permainan awal sebelum melayakkan diri ke pusingan kalah mati, di mana hanya satu permainan menjadi penentu kejuaraan.

Advertisement

Meskipun berdepan cabaran itu, Malaysia tetap berjaya muncul sebagai negara terbaik dalam acara tenpin boling apabila merekodkan kutipan pingat tertinggi daripada enam negara yang bertanding.

 

 

 

Mengatasi pencabar terdekat adalah Singapura dan Filipina, pencapaian itu bagaimanapun difahamkan tidak memenuhi sasaran tiga pingat emas yang ditetapkan Majlis Sukan Negara.

Tetapi Ben tetap bangga terhadap komitmen dan prestasi semua pemain negara, dengan pemenang enam pingat emas Sukma Sarawak, Nur Hazirah Ramli, dianggap sebagai prospek terbaik.

"Saya rasa kami perlu bertanding dalam lebih banyak kejohanan, kerana perlu bersaing dengan pemain yang lebih bagus.

"Zira beraksi dengan baik. Secara keseluruhan kami meraih pingat dan saya bangga dengan mereka." katanya.

 

Must Watch Video