Skip to main content

Sukan Lain

Belum tentu yang dewasa boleh menari macam Miyu!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukan tari

Mata Miyu atau nama penuhnya Miyu Ananthanaya Pranoto, menjadi buah mulut ramai selepas penampilannya tular di media sosial dengan kali ini merangkul gelaran juara dunia dalam acara Freestyle Session 2025 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Muncul selaku bakat Asia di pentas antarabangsa, Miyu bergandingan dengan rakan sepasukan, Amy Zhang dari Kanada untuk mempersembahkan rutin tarian yang penuh bertenaga dan menonjol dengan keunikan teknik yang digunakan dalam keserasian bersama.

Advertisement

Apa yang membuat penulis tertarik adalah gaya santai dan karekter swag — jarang jumpa bakat luar biasa macam ni, yang dewasa belum tentu mampu. Bayangkan usaha, masa dan pengorbanan yang sudah dia lakukan seawal usia 12 tahun.

Minatnya terhadap tarian bermula seawal usia tujuh tahun, cetusan inspirasi daripada kumpulan K-pop popular seperti BTS dan Wanna One. Dan sejak itu, Miyu aktif menyertai kelas tarian di Jakarta dengan memberi fokus pada gaya hip-hop dan gaya bebas (freestyle).

Malah, Miyu juga kerap menyertai pertandingan tarian, khususnya kategori battle yang membolehkan dia beraksi secara solo ekoran kelebihannya dimiliki dalam kategori tersebut.

Sebelum ini, Miyu turut mencuri perhatian menerusi kemunculannya di kejohanan berprestij seperyi World of Street Woman Fighter (WOSWF) di Korea Selatan.

 

 

 

Di media sosial, Miyu turut kelihatan bergandingan bersama penari terkenal seperti Niana Guerrero.

Jadi diharap, ramai lagi anak muda yang boleh mengembangkan bakat seperti Miyu, bukan sahaja berani menari, malah Miyu turut kelihatan mengacara sesi temu ramah bersama penari lain yang turut hadir dan lebih dewasa di Los Angeles.

Steady la adik! 

Topik Berkaitan

Must Watch Video