Belgium terpaksa akur kehilangan dua pemain utama, Leandro Trossard dan Hans Vanaken, yang bergelut dengan kecederaan bagi perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia di Amerika Syarikat, Mexico dan Canada bermula 11 Jun nanti.
Trossard bergelut masih belum pulih daripada kecederaan pinggul dan berkongsi nasib sama bersama kapten Club Brugge, Vanaken.
Advertisement
Sementara itu, kem Belanda pula kehilangan khidmat penyerang utama, Memphis Depay, menjelang aksi persahabatan berdepan Norway dan Ecuador minggu ini.
ORANJE, MARCH 2026 🇳🇱
Welcome to the squad, Kees Smit! 🦁#NothingLikeOranje #NEDNOR #NEDECU pic.twitter.com/EmoCJeLnvb— OnsOranje (@OnsOranje) March 20, 2026
Depay yang memegang rekod penjaring terbanyak Belanda dengan 55 gol itu mengalami kecederaan ketika mewakili Corinthians berdepan Flamengo minggu lalu.
Antara nama lain yang turut berpotensi tidak dapat diturunkan adalah Robin Roefs (penjaga gol) Jurrien Timber, Frenkie de Jong, Matthijs de Ligt, Emmanuel Emegha dan Justin Kluivert.
"Kami semakin terbiasa dengan perkara ini. Kami tidak tahu apa-apa yang berbeza. Ramai antara mereka yang menarik diri dan berharap keadaan semakin baik menjelang Piala Dunia nanti." kata jurulatih, Ronald Koeman.