Skip to main content

Bola Sepak

Belasungkawa: Perginya bekas Presiden Persatuan Bolasepak Sabah, Bung Moktar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Bung

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin, telah meninggal dunia di Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Menerusi laporan akhbar tempatan, Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu juga menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Advertisement

Setakat ini tiada kenyataan rasmi mengenai masalah kesihatan yang dihadapi oleh Bung Moktar.

Jasa Allahyarham bukan sekadar di lapangan politik, malah merentasi sempadan sukan.

Bung Moktar merupakan individu penting mengorak penstrukturan semula SAFA demi mengembangkan bola sepak negeri itu.

Bung Moktar memegang tampuk pentadbiran badan induk berkenaan sejak Jun 2021 menerusi pelantikan sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dan melepaskan jawatan pada Januari 2023.

Di bawah kepimpinan Bung Moktar, Sabah diterajui oleh bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee. Selain itu, di bawah era Bung Moktar, Sabah meraih pencapaian membanggakan iaitu menamatkan Liga Super 2022 di tempat kedua dan layak ke Piala AFC. 
 

Must Watch Video