Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Dzulkifli Ali, meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah hari semalam di Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas menerima rawatan sejak tiga hari lalu akibat komplikasi jantung dan usus. p
Tonggak pertahanan Pulau Pinang era 80-an itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.
Allahyarham merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan yang berdepan beberapa bintang bola sepak dunia termasuk legenda England, Kevin Keegan, pada 1984.