Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pertahanan percaya JDT mampu merintis laluan ke final ACLE

kkkk

Dominasi Harimau Selatan dalam kancah domestik dijangka terus berpanjangan, malah Johor Darul Ta'zim (JDT) dilihat mampu melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim baharu nanti.

Itu jangkaan bekas pertahanan JDT, Park Jun-heong, yang kini beraksi bersama kelab Super League Indonesia, Persik Kediri.

Dia yang menyarung jersi Harimau Selatan selama dua musim sejak 2024 percaya JDT mampu menggegar pentas bola sepak Asia menerusi skuad yang lebih ampuh musim ini.

"JDT sentiasa cuba tingkatkan prestasi, sentiasa letakkan sasaran tinggi.

"Mereka berkeupayaan untuk mara ke separuh akhir mahupun final.

"Musim ini mereka tampak mantap, mudah-mudahan JDT akan menikmati musim yang bagus, " katanya.

Dalam masa sama, Jun-heong turut membawa mentaliti JDT ke kelab baharunya dan bertekad membantu Persik Kediri memburu kejuaraan.

Menyertai Persik lima hari lalu, Jun-heong membuat penampilan kedua bersama kelab ini dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala TYT Melaka, namun pasukannya tewas 0-1.

"Kami belum bersedia sepenuhnya dan apabila kami sudah capai ke tahap itu, kami mampu menjadi pasukan handalan.

"Kami mampu muncul juara biarpun tiada siapa yang mahu mempercayai.

"Kami sentiasa curahkan aksi terbaik dan kami berharap mampu meraih kejuaraan," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video