Skip to main content

Bola Sepak

Bekas penyerang Terengganu jaring gol kemenangan dalam 'El-Clasico Indonesia'

ivan mamut

Bekas penyerang Terengganu, Ivan Mamut, menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan ketika Persija Jakarta menewaskan seteru tradisi, Persib Bandung, dalam perlawanan Liga Super Indonesia di Senayan, Jakarta semalam.

Suasana cukup hangat dengan hampir 59,000 penonton membanjiri Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) dan tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-41 menerusi penyudah Alexander Jeremejeff.

Bagaimanapun, Balsa Sekulic menjaringkan gol penyamaan buat Persib pada minit ke-81 untuk suhu permainan semakin meningkat dengan kedua-dua pasukan saling merencanakan gerakan.

Ketika Persija dan Persib kelihatan akan berkongsi mata menuju ke penghujung permainan, Ivan Mamut muncul wira Persija apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit terakhir waktu kecederaan.

Sebagai rekod, Ivan Mamut mewakili Terengganu dari 2023 hingga 2025, di mana dia menjaringkan 23 gol daripada 35 penampilan sepanjang tempoh itu.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement