Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pemain Pahang, Fulham ke Arab Saudi

dd

Bekas pemain pertahanan Pakistan, Zeshan Rehman, dilaporkan menyertai Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) dengan peranan baharu selaku jurulatih pembanggunan untuk pasukan remaja negara itu.

Dia yang lebih dikenali sebagai Zesh Rahman itu mempunyai darah England-Pakistan dan pernah menjadi pembantu jurulatih interim buat skuad utama kelab divisyen ketiga England, Portsmouth pada 2023 dan berada dalam barisan kejurulatihan sehingga 2025.

Untuk rekod, nama Zesh Rahman semestinya masih segar dalam kalangan penyokong skuad Tok Gajah selepas pernah membantu Pahang menjulang Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah sepanjang tiga musim bersama kelab Pantai Timur itu.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

"Gembira dapat menyertai Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) sebagai Jurulatih Pembangunan Individu Elit untuk Pasukan Remaja Kebangsaan.

"Saya menghargai kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk melaksanakan pelan pembangunan yang memberikan inspirasi kepada pemain untuk memaksimumkan potensi mereka tanpa mengira usia atau peringkat.

"Tidak sabar untuk berhubung dengan pemain dan kelab bagi menyelaraskan usaha memacu impak positif untuk generasi akan datang." katanya di laman Instagram.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement