"Pelbagai usaha dan rundingan telah dilakukan, pihak pasukan masih gagal menyelesaikan tunggakan gaji tersebut"
Bekas penjaga gol Kelantan The Real Warriors, Khatul Anuar Md Jalil, menyeru pihak pengelola, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan First Instance Body (FIB) untuk membantu menyelesaikan kemelut berkenaan dakwaan tunggakan gaji seperti dilaporkan oleh Khatul di media sosialnya.
Advertisement
Pemain berusia 28 tahun itu memuat naik satu surat bagi meraih perhatian dan campur tangan MFL serta FIB dengan mengemukakan surat rasmi berhubung kegagalan Kelantan The Real Warriors menjelaskan bayaran tunggakan gaji.
Bismillahirrahmanirrahim pic.twitter.com/TgEp6EASsv
— Khatul Anuar (@khatul21) January 2, 2026
Sebelum ini, Kelantan TRW dikenakan denda sebanyak tiga kali berjumlah RM70,000 oleh FIB dan sekatan perpindahan.
Tempoh diberikan sehingga 31 Disember 2025 sudah berlalu. Adakah hukuman lebih berat bakal menanti kelab itu?