Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Kriket

Bekas pemain kriket Australia sedar daripada koma

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Bekas pemain kriket Australia sedar daripada koma

Peminat sukan kriket dunia pasti tidak asing lagi dengan nama Damien Martyn, individu yang banyak menabur jasa bersama skuad kebangsaan Australia sepanjang tahun 1992 sehingga 2006 dan terbaru susulan terpaksa ditidurkan pada 27 disember lalu ekoran masalah kesihatan meningitis - keajaiban tahun 2026 beri nafas baru buat Martyn.

Martyn disahkan sedar daripada koma dan kini sedang jalani proses pemulihan rapi selepas dimasukkan ke Hospital Queensland selepas sambutan Hari Natal bulan lalu.

Advertisement

Kenyataan rasmi daripada bekas rakan sepasukan beliau, Adam Gilchrist pada ahad mengesahkan mengenai berita ini dan beri jaminan tahap kesihatan Martyn kini berada di tahap positif.

Meningitis merupakan satu jangkitan yang menyerang bahagian otak dan tulang belakang dan mampu membawa maut jika gagal dirawat dengan pantas dan rapi.

Untuk rekod, bekas atlet berusia 54 tahun ini pernah beraksi sebanyak 67 test matches sepanjang lebih 15 tahun bersama skuad kebangsaan Australia dengan kejayaan termanis adalah muncul juara dua kali Piala Dunia.

Topik Berkaitan

Must Watch Video