Pemain Cardiff City, Krystian Bielik, mencetus kontroversi apabila didakwa melakukan kekasaran kepada penyokong ketika aksi Liga Kejuaraan menentang Portsmouth di Fratton Park.
Insiden itu berlaku pada minit ke-70 ketika Cardiff ketinggalan 0-2 kepada tuan rumah.
Bielik yang pernah berada dalam akademi Arsenal, ketika itu cuba mendapatkan semula bola yang keluar ke kawasan tempat duduk penonton.
So Bielek grabs a kids throat, kid defends himself, and kid gets thrown out. Portsmouth FC should give off about this and Bielek needs suspending! pic.twitter.com/9Np1k8Xl3i
— Charlie Barnes (@ChaltJames) September 5, 2026
Rakaman video menunjukkan seorang penyokong muda bertindak membaling dan menolak bola jauh daripada pemain tengah Cardiff tersebut.
Tindakan itu dipercayai mencetuskan reaksi Bielik yang dilihat menghulurkan tangan ke leher penyokong terbabit sebelum menolaknya menjauh.
Penyokong berkenaan kemudian bangun dan cuba menolak Bielik sebagai tindak balas.
Hasil daripada insiden tersebut, perlawanan terpaksa ditangguhkan seketika.
Penyokong yang terlibat dalam insiden itu kemudiannya diusir dari stadium, manakala Bielik tidak dikenakan sebarang tindakan.
Pengadil turut bercakap dengan pengurus Portsmouth, John Mousinh, dan pengendali Cardiff, Brian Barry-Murphy serta kapten kedua-dua pasukan bagi meredakan keadaan.
Portsmouth akhirnya mengekalkan kelebihan untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Cardiff yang baru dinaikkan ke Liga Kejuaraan.