Skip to main content

Futsal

Bekas kapten futsal negara, Addie Azwan kemudi skuad futsal hadapi Piala Asia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail, mengesahkan Addie Azwan Zainal dilantik selaku ketua jurulatih futsal negara bagi menghadapi Kejohanan Piala Asia 2026.

Dengan tempoh masa yang ada menuju ke saingan Piala Asia yang akan bermula 27 Januari depan di Jakarta, Indonesia, dia percaya bekas kapten skuad kebangsaan itu adalah calon terbaik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pengendali terdahulu, Rakphol Sainetngam.

Advertisement

 

 

 

 

Untuk rekod, Addie Azwan bukanlah individu asing dalam arena futsal tempatan memandangkan dia turut pernah memikul tugas ketua jurulatih futsal wanita negara pada 2018, di samping penolong ketua jurulatih futsal lelaki negara sejak 2023.

Rosmadi turut berharap tahun 2026 akan menjadi lebih gemilang buat kem futsal Malaysia terutamanya selepas meraih 2 pingat gangsa di temasya Sukan SEA 2025 serta Kejohanan ASEAN B-19 2025.

"Untuk sesi Latihan kami terpaksa struktur semula kerana keseuntukan masa dan pertukaran kejurulatihan. Jadi kami akan adakan perbincangan dengan pengarah teknikal dalam masa terdekat untuk membincangkan hala tuju.

"Mungkin ada dua atau tiga pilihan yang baik buat pasukan, untuk 2025 pencapaian memenuhi sasaran dengan podium di Sukan SEA.

"Terima kasih jurulatih kerana laksanakan kerja dengan baik dan semoga maju jaya. Kami perlu teruskan." katanya.

Must Watch Video