Bekas pemain import Selangor, Zach Clough, kembali beraksi dalam Liga Australia bagi menguatkan jentera tengah pasukan Newcastle Jets selepas hanya bertahan enam bulan sebelum dilepaskan atas persetujuan bersama skuad Gergasi Merah.
Bekas pemain Nottingham Forest itu hanya melakukan 17 penampilan sepanjang bersama dengan Selangor dan turut menyumbang tiga gol secara keseluruhan dalam ke semua saingan yang disertai naib juara Liga Super musim lalu itu.
Advertisement
Penyertaan dalam kelab terbaru ini pastinya bakal menarik lebih banyak perhatian peminat untuk melihat aksi ditampilkan Clough, lebih-lebih lagi dengan menyarung jersi nombor 10.
Untuk rekod, bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Juan Muniz, juga kini berkelana dalam kancah liga yang sama bersama pasukan Adelaide United.
Newcastle Jets yang berada di kedudukan keempat A-League bakal bertemu pasukan Western Sydney Wanderers pada dua petang Sabtu.