Bekas penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat, belum mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak sebaliknya masih mahu meneruskan karier dengan hala tuju baru.
Perlawanan Sabah menentang Terengganu minggu lalu menjadi aksi terakhirnya selepas hampir lima tahun bersama pasukan itu sejak 2022.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, difahamkan Apek akan kembali ke negeri kelahirannya bagi menabur bakti buat kali terakhir sebelum bersara sepenuhnya.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi pasukan Kelantan manakah akan menjadi pilihannya menjelang musim akan datang.
Legend is back, kembali menabur bakti sebelum bersara. Khairul Fahmi Che Mat. 🔴🔥↩️@ASTROARENA pic.twitter.com/eQhZWBoBgQ
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 19, 2026
Pemain berusia 37 tahun itu merupakan antara tonggak Kelantan selain Indra Putra Mahayuddin dan Badhri Radzi memenangi tiga kejuaraan pada 2012 dengan gelaran Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Apek juga pernah mewakili skuad Harimau Muda dan Melaka United sebelum ini.
Peminat pastinya tidak melupakan sensasi Apek sewaktu membantu Harimau Malaya menjuarai Piala AFF 2010 dan membawa pulang pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia.