Skip to main content

Triatlon

Bekas atlet triatlon lemas ketika percutian keluarga

Bekas atlet triatlon lemas ketika percutian keluarga

Percutian keluarga bertukar tragedi apabila bekas atlet triatlon Team USA, Spencer Korwin ditemukan meninggal dunia selepas lemas ketika berenang di perairan terbuka di Shelter Island, New York.

Korwin dilaporkan pergi berenang di Shelter Island Sound berhampiran Pridwin Hotel sekitar jam 8 pagi Rabu lalu ketika bercuti bersama isteri dan dua anaknya.

Bagaimanapun, dia tidak kembali seperti yang dijadualkan, sebelum dilaporkan hilang dan operasi mencari serta menyelamat digerakkan.

Usaha pencarian yang melibatkan unit udara dan marin diteruskan selama beberapa jam sebelum mayat Korwin ditemukan di bawah Pridwin Dock -- lokasi dia dipercayai memulakan aktiviti berenang.

Menurut laporan media tempatan, keadaan cuaca ketika kejadian dilaporkan baik dan tiada perkara luar biasa dikesan di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa percaya Korwin meninggal dunia akibat lemas secara tidak sengaja, namun pengesahan rasmi masih menunggu keputusan pemeriksaan koroner.

Ketua Polis Shelter Island, Jim Read, berkata meskipun kawasan berkenaan tidak diketahui sebagai lokasi berbahaya, orang ramai perlu lebih berhati-hati ketika berenang di perairan terbuka yang tidak dikenali.

Korwin bukan nama asing dalam dunia triatlon apabila pernah mewakili Team USA pada Kejohanan Dunia Triatlon 2012.

Selepas meninggalkan arena kompetitif, beliau meneruskan minat dalam bidang kecergasan dengan mengasaskan sebuah syarikat kecergasan.

Pemergiannya meninggalkan isteri serta dua anak perempuan yang masih kecil, Sadie, empat tahun, dan Colette, setahun.

Tragedi tersebut turut menjadi peringatan bahawa aktiviti berenang di perairan terbuka memerlukan tahap kewaspadaan tinggi, termasuk mengambil kira arus, pasang surut dan keadaan sekitar walaupun cuaca kelihatan tenang.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement