Bekas atlet olahraga akan mengadakan sidang media khas Sabtu ini dipercayai ada kaitan dengan kemelut kepimpinan Olahraga Malaysia (MA).
Antara yang dijangka menghadiri sidang media terbabit adalah bekas atlet era 80 dan 90-an.
Advertisement
"Harapan saya adalah memohon bekas-bekas ahli sukan, media atau semua pemegang taruh menjadi suara ketiga.
"Apabila kita melihat sesuatu yang tidak bersesuaian, kita boleh menyemak dan menjadi suara tersebut.
"Supaya ia menjadi lebih baik, cekap dan cemerlang," kata Hamdi Jaafar kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Wakil Nadi Arena juga cuba mendapatkan reaksi daripada Karim, namun gagal dihubungi.
Terdahulu, menerusi laporan Stadium Astro, Datuk Karim Ibrahim, menekankan pemilihannya untuk menerajui badan induk kebangsaan itu adalah berdasarkan peruntukan perlembagaan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial persatuan itu, menurutnya jawatan tersebut -- yang mengikut peruntukan perlembagaan -- sudah diluluskan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) yang berkuasa kuasa 15 Januari tahun lalu.