Bintang Persib Bandung, Beckham Putra, menerima layanan berbaur provokasi di tempat lawan ketika melakukan pemanasan badan di tepi padang pada perlawanan hangat minggu kedua liga utama Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Sabtu lalu.
Penyerang berusia 29 tahun itu kemudian dibaling botol oleh penyokong Persija Jakarta, namun dia tenang mengawal situasi tersebut dan berlalu ke bangku simpanan pasukannya.
Pemain kebangsaan Sang Garuda itu sempat menunjukkan logo kejohanan berwarna emas di lengan kanannya ke arah penyokong tuan rumah dengan riak muka yang seakan-akan memperingatkan lawan bahawa mereka adalah juara bertahan sebanyak dua kali berturut-turut.
Dalam aksi tersebut, Persib Bandung terpaksa berputih mata tewas 1-2 di tangan Persija Jakarta menerusi jaringan kemenangan oleh bekas pemain Terengganu, Ivan Mamut, pada minit ke-94 permainan.