Skip to main content

Berbasikal

Beasley kekal Pengarah Teknikal PKBM sehingga tamat kontrak

amarjit

John Beasley akan kekal selaku Pengarah Teknikal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sehingga kontraknya tamat pada 31 Januari 2027.

Perkara itu disahkan oleh Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh, dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Amarjit berkata satu perbincangan positif telah dilakukan bersama Beasley dengan fokus utama untuk dia membawa pasukan negara ke Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Berbasikal Trek Dunia, selain berharap situasi panas yang berlaku ini dapat kembali reda.

"Saya nak mengatakan bahawa John akan terus berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal sehingga penghujung kontraknya," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Dia akan memberikan tumpuan penuh kepada Sukan Komanwel, Sukan Asia dan kita juga perlu memulakan persiapan yang baik bagi (Sukan Olimpik) LA 2028.

"Kita juga perlu melihat apakah program Datuk Azizulhasni (Awang) selepas Sukan Asia? Bagi saya, saya mahu melihat Datuk Azizulhasni ke LA 2028.

"Jika dia mahu ke sana, kita tahu dia dan beberapa atlet lain memiliki hubungan yang sangat rapat dengan John.

"Kita tidak boleh melepaskan John begitu saja kerana dia telah memberikan aku janji bahawa dia akan berada di sana."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video