Skip to main content

Bola Sepak

Bayern Munich lancar amaran awal, Stuttgart mangsa pesta gol

Bayern Munich lancar amaran awal, Stuttgart mangsa pesta gol

Bayern Munich membuka kempen mempertahankan kejuaraan Bundesliga dengan penuh bergaya apabila membelasah Stuttgart 5-1 di Allianz Arena, sekali gus menghantar amaran awal kepada pencabar mereka musim ini.

Selepas hanya mendahului tipis pada separuh masa pertama, Bayern mengganas selepas rehat dengan empat jaringan untuk memastikan kemenangan besar dalam aksi pembukaan musim.

Dayot Upamecano membuka tirai jaringan pada minit ke-21 menerusi tandukan selepas menerima hantaran sepakan sudut Joshua Kimmich.

Stuttgart kemudian bangkit menyamakan kedudukan tujuh minit selepas separuh masa kedua bermula apabila Josha Vagnoman menyambar bola muntah selepas Manuel Neuer menafikan percubaan Jeff Chabot.

Namun, gol itu hanya bertahan seketika.

Michael Olise kembali meletakkan Bayern di depan sebelum Vagnoman sekali lagi menjadi tumpuan apabila tertampan hantaran silang rendah Alphonso Davies ke gawang sendiri ketika cuba melakukan pintasan.

Bayern terus menguasai permainan dan mencipta peluang demi peluang, termasuk jaringan Olise yang dibatalkan kerana ofsaid serta beberapa percubaan Luis Diaz yang dinafikan penjaga gol Stuttgart.

Usaha Bayern akhirnya membuahkan hasil apabila Aleksandar Pavlovic menyudahkan hantaran mudah Ismael Saibari untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Diaz kemudian melengkapkan malam gemilang Bayern dengan jaringan lewat permainan hasil hantaran Saibari.

Kemenangan itu meneruskan rekod tanpa kalah Bayern dalam aksi pembukaan Bundesliga kepada 15 perlawanan, selain menunjukkan ketajaman jentera serangan mereka masih berada pada tahap tertinggi.

Musim lalu, Bayern menamatkan saingan Bundesliga dengan kelebihan 16 mata dan mencipta rekod 122 gol.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement