Skip to main content

Bola Sepak

Baru 22 tahun, wanita ini kendali pasukan lelaki di Turkiye

Baru 22 tahun, wanita ini kendali pasukan lelaki di Turkiye

Usia baru 22 tahun, namun Zeynep Mestan sudah mencipta sejarah tersendiri dalam bola sepak Turkiye.

Mestan dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan lelaki Turgutluspor, menjadikannya wanita pertama yang memegang jawatan tersebut dalam sejarah kelab berkenaan.

Pelantikan itu diumumkan Turgutluspor ketika kelab tersebut sedang berusaha membina semula pasukan selepas melalui tempoh sukar dalam beberapa musim terakhir.

Mestan bukan nama asing dalam bola sepak Turkiye.

Sebelum beralih ke bidang kejurulatihan, dia merupakan pemain bola sepak wanita yang pernah beraksi untuk beberapa kelab di wilayah Izmir dan Manisa.

Dia memulakan karier pada 2019 bersama Karsiyaka BES Spor sebelum menyarung jersi Bornova Genc Yildizlar Spor pada 2025.

Kini, hanya beberapa minggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22, Mestan membuat perubahan besar dalam karier apabila diberi kepercayaan mengetuai pasukan lelaki.

Cabaran pertama yang menantinya bukan kecil.

Turgutluspor baru sahaja mengalami dua penyingkiran berturut-turut dan akan beraksi di peringkat keenam bola sepak Turkiye, dalam Manisa Super Amateur League.

Situasi itu menjadikan pelantikan Mestan lebih menarik.

Dia bukan sahaja perlu membuktikan kemampuan sebagai jurulatih muda, malah perlu mengembalikan keyakinan terhadap sebuah kelab yang sedang melalui proses pembinaan semula.

Namun bagi Mestan, perhatian yang diterimanya bukan semata-mata kerana usianya atau kerana dia seorang wanita.

Apa yang akhirnya akan menentukan masa depannya ialah keputusan di atas padang.

Musim baharu dijangka bermula pada Oktober dan ketika itulah sejarah sebenar Mestan bersama Turgutluspor akan bermula.

Jika berjaya, pelantikannya boleh menjadi satu lagi contoh bahawa peluang dalam bola sepak semakin terbuka tanpa mengira jantina.

Jika gagal, dia tetap sudah membuka satu pintu yang sebelum ini belum pernah dibuka dalam sejarah kelab tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement