Ujian getir menanti pasukan dari Azerbaijan, Sabah FK, yang bakal membuka kempen Liga Juara-Juara (UCL) bertemu kelab-kelab gergasi Eropah selepas melayakkan diri buat kali pertama dalam sejarah ke kejohanan paling berprestij itu.
Mereka bakal berdepan cabaran Barcelona, Arsenal, Borussia Dortmund, Manchester United, Napoli, Villarreal dan Slavia Praha.
Debutants Sabah in the Champions League 🎉#UCL pic.twitter.com/cROayI7BsN
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 25, 2026
Jaringan minit akhir oleh Joy-Lance Mickels berjaya membawa Sabah FK ke pentas tertinggi kejohanan kelab apabila layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini selepas meraih kemenangan menerusi agregat 6-4 ke atas Hapoel Be'er-Sheva minggu lalu.
Kelab yang ditubuhkan sejak 2017 itu menjadi kelab dari wakil Azerbaijan pertama akan menyertai UCL buat kali pertama dalam sejarah kejohanan dan kelab.
Barcelona 🔵🔴#UCLdraw pic.twitter.com/wbueAx2Cd6
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 27, 2026