Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan pemain beregu wanita negara, Go Pei Kee.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, berkata pihaknya, bagaimanapun, masih belum membuat keputusan sama ada untuk menerima atau menolak permohonan itu.
Advertisement
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei, berhasrat mengadakan pertemuan hati ke hati bersama pemain berusia 24 tahun itu bagi memujuknya menimbangkan semula keputusan itu.
Buat masa ini, Pei Kee dilaporkan pulang ke Johor dan tidak lagi menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
"Pei Kee sudah hantar surat dan kami telah menerimanya tetapi masih belum membuat keputusan secara rasmi," kata Kenny kepada wartwan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Saya difahamkan Datuk Seri Lee Chong Wei mahu berjumpa dengannya dahulu, jadi kita tunggu perjumpaan itu."