Penyerang berbisa Bayern Munich, Harry Kane, menjadi pemain Inggeri pertama yang memenangi Ballon d'Or dalam tempoh 25 tahun selepas Michael Owen yang merangkul anugerah itu pada 2001.
"Saya hampir kehilangan kata-kata. Berada di sini, di London, menjadikannya (kemenangan ini) lebih istimewa.
"Ia menjadi petanda yang baik buat saya malam ini. Terima kasih kepada semua yang mengundi saya. Saya dapat bayangkan betapa sukarnya pemilihan tahun ini.
"Terdapat beberapa pemain bertaraf dunia di dalam dewan ini malam ini. Tahniah kepada semua pemenang dan calon yang tercalon malam ini; pencapaian ini membuktikan betapa tekad dan kerja keras benar-benar membuahkan hasil." katanya selepas merangkul gelaran itu.
Kapten England itu menyertai Bayern pada 2023 dengan dia menamatkan musim dengan 61 gol dalam 51 perlawanan dalam semua kejohanan buat Bayern selain memacu kelab gergasi Jerman itu menjuarai Bundesliga serta piala domestik.
Kane yang memacu England ke pusingan separuh akhir Piala Dunia 2026 itu meledak enam gol.
Kyian Mbappe menduduki tempat kedua, diikuti oleh Lamine, Rodri, dan Lionel Messi.
Sementara itu, bagi kategori wanita pula menyaksikan pemain tengah Sepanyol, Alexia Putellas, dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or Féminin.