Lebih 40 pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersedia untuk menjadi tumpuan utama di Johor Bahru. Ketika bakat-bakat muda Malaysia bersaing merebut kejuaraan di laman sendiri.
Menjelang kejohanan, Allianz Malaysia mengunjungi Petronas Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menunjukkan sokongan kepada para pemain serta berkongsi keterujaan menjelang saingan. Kunjungan itu dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang, bersama wakil kanan Allianz Malaysia, selain Timbalan Presiden 1 BAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Datuk V Subramaniam dan Penolong Setiausaha Agung, Mohd Taupik Haji Hussain.
“Tujuan kami datang hari ini adalah untuk bertemu dengan para pemain dan menyatakan sokongan kami secara peribadi. Kami mengiktiraf pengorbanan serta komitmen luar biasa mereka dan mendoakan yang terbaik buat mereka. Minggu lalu, Allianz Malaysia meraikan ulang tahun ke-25 kami, jadi keputusan yang baik sememangnya sesuatu yang sempurna.”
Allianz SUPER 100 merupakan platform berharga buat para pemain untuk bersaing, mengasah kemahiran dan memperoleh pengalaman yang diperlukan sebagai persediaan menghadapi kejohanan lebih besar pada masa hadapan. Ia memberi peluang kepada pemain untuk mencabar diri sendiri serta meningkatkan keyakinan dalam meneruskan perkembangan perjalanan mereka sebagai atlet.
Bagi Allianz Malaysia, sokongan kepada para pemain bukan hanya terhad sepanjang kejohanan. Ia mencerminkan komitmen lebih luas dalam mewujudkan peluang untuk atlet pada pelbagai peringkat perjalanan sukan mereka. Sebagai penaja BAM, Allianz Malaysia terus menyokong pembangunan badminton di peringkat kebangsaan.
Di peringkat akar umbi, Allianz Malaysia bekerjasama dengan Bahagian Sukan, Kurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan untuk menyokong generasi bakat badminton seterusnya menerusi Allianz Junior Badminton Championship (AJBC). Diperkenalkan pada 2022, AJBC merupakan program di seluruh negara yang berlangsung dalam 10 pusingan, termasuk di Sabah dan Sarawak, bagi memberikan peluang kepada pemain muda yang bercita-cita tinggi untuk bersaing dan mengenal pasti potensi mereka. Tanpa bayaran penyertaan, program ini membantu menjadikan badminton kompetitif lebih mudah diakses oleh golongan muda daripada pelbagai latar belakang.
Komitmen itu turut diperluaskan kepada sukan para. Sejak 2022, Allianz Malaysia menjadi rakan rasmi Majlis Sukan Negara dalam menyokong Program PARA, dengan menyediakan perlindungan kepada atlet yang bersaing dalam pelbagai pertandingan domestik dan antarabangsa.
Di pentas global, Allianz terus menyokong dan berperanan sebagai Rakan Insurans Seluruh Dunia bagi Gerakan Olimpik dan Paralimpik, selain menjalinkan kerjasama dengan organisasi serta pasukan sukan di seluruh dunia.