Kejuaraan super 750 yang kedua buat Alex Lanier.
Baru berusia 21 tahun, namun sudah mengumpul enam gelaran siri jelalah dunia BWF.
SJF Bank Arena, Odense terpaku apabila tuan rumah, Anders Antonsen, berputih mata tewas kepada Alex Lanier dalam pertembungan rubber set sehingga mencecah 77 minit.
Umum mengetahui Kejohanan Badminton Terbuka Denmark adalah yang tertua di dunia sejak penganjuran pertama pada 1936.
VICTOR Denmark Open 2026 MS - Final 21 13 21 🇫🇷Alex LANIER🏅 15 21 13 🇩🇰Anders ANTONSEN 🕚 in 77 minutes
— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2026
Dan, Lanier menjadi wakil Perancis pertama meraih kejayaan sejak 90 tahun lalu dalam sektor perseorangan lelaki menumpaskan Antonsen 21-15, 13-21, 21-13.
Sejarah besar itu menyaksikan dia akan memperbaharui ranking dunia dengan kedudukan kedua bermula minggu ini.
Untuk rekod, Lanier juga merupakan juara dunia 2026 di New Delhi pada Ogos lalu.