Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

BAM

Pemain beregu wanita negara, Go Pei Kee, menimbulkan persoalan berkenaan statusnya selaku atlet badminton negara selepas memuat naik kiriman mengejutkan di media sosial.

Ia, susulan desas-desus menyatakan Pei Kee memutuskan untuk 'keluar' daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seperti kebanyakan laporan akhbar dan portal tempatan.

Advertisement

Difahamkan, dia telah menghantar surat peletakan jawatan dan peminat badminton tanah air sedang menantikan perkembangan seterusnya.

Terdahulu, pemain berusia 23 tahun itu mengumumkan perpisahan bersama Teoh Mei Xing meskipun sudah 19 bulan bergandingan.

Menurut sumber, BAM akan mengadakan perbincangan bersama bekas pemain ranking ke-18 dunia itu bagi mengetahui perancangan dan situasi terbaru dirinya.

Must Watch Video