Perseorangan badminton lelaki kebangsaan, Aidil Sholeh, tekad menggunakan peluang keemasan berlatih bersama beberapa perseorangan lelaki terbaik negara di sebuah gelanggang badminton di sekitar Ibu Kota.
Aidil turut menerima khabar gembira apabila bakal mendapat satu lagi rakan sparring terkenal, Jonatan Christie bulan hadapan.
Advertisement
Ia merupakan tonik terbaik menjelang saingan di Kejohanan Thailand Masters bermula 27 Januari ini.
"Bagi saya sesi Latihan hari ini bagus buat diri saya, bukan selalu raih peluang ini. Saya ambil pengalaman ini. Ranking saya juga menurun sedikit kerana ada lakar keputusan kurang bagus dalam beberapa kejohanan sebelum ini," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih perseorangan profesional kebangsaan, Nova Armada, melihat beberapa faktor mempengaruhi kejatuhan ranking kendaliannya termasuk Aidil.
Namun, dia yakin dengan latihan berterusan, Aidil akan semakin mendapat rentak untuk kembali berada pada ranking 40 terbaik dunia.
"Dia belum jumpa rentak permainannya, bagus juga dia sparring Bersama Lee Zii Jia. Mungkin saya akan bawa ke Indonesia dan sparring Bersama Jonathan pula memandangkan dia bergelar professional buat masa ini." katanya.