Skip to main content

Badminton

Badminton: Selain monyet jadi penonton, Terbuka India dihujani tahi burung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Merpati

Beberapa perlawanan terpaksa dihentikan sementara apabila tahi burung mengganggu permainan dan mengambil masa untuk dibersihkan sebelum aksi berlangsung semula dalam Kejohanan Badminton Terbuka India.

Paling mencuri tumpuan, pertembungan antara Loh Kean Yew dan wakil tuan rumah, HS Prannoy, tergendala pada kedudukan 16-14 selepas najis burung terjatuh di atas gelanggang.

Advertisement

Sebelum pertandingan bermula, Persatuan Badminton India (BAI) memberi jaminan bahawa masalah burung merpati tidak menjadi halangan, namun perkara itu tetap menjadi isu sehingga mendapat perhatian media sosial.

Dalam masa sama, kelibat seekor monyet telah dilihat di salah satu ruang penonton di Stadium Tertutup Indira Gandhi semasa kejohanan yang sedang berlangsung Rabu lalu, menambahkan lagi masalah yang dihadapi oleh penganjur.

Kemunculan monyet yang tidak dijangka itu menarik perhatian yang ketara daripada penonton di dalam tempat tersebut serta di media sosial.
 

Must Watch Video