Skip to main content

Badminton

Badminton: 'Saya hanya mahu jadi diri sendiri'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

BD

Pemain perseorangan muda negara, Kong Wei Siang, berharap tiada tekanan berlebihan diberikan peminat meskipun mempamerkan aksi memberangsangkan menentang bintang Indonesia, Anthony Ginting, dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) minggu lalu.

Atlet berusia 18 tahun itu menganggap pengalaman menentang pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai satu pelajaran yang sangat berharga.

Advertisement

Dalam perlawanan penentu peringkat kumpulan, Wei Siang memberi saingan hebat sebelum tewas 17-21, 21-13, 16-21.

Walaupun Malaysia tersingkir usai tewas 2-3 kepada Indonesia, pemain kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu terus dilihat sebagai prospek cerah negara.

Selepas ini, Wei Siang akan beraksi dalam Kejohanan Junior Antarabangsa Belanda hujung bulan ini.

"Sebenarnya, saya tidak mahu ramai orang memikirkan saya adalah bintang masa hadapan.

"Saya cuma mahu menjadi diri sendiri.

"Saya tidak mahu (penyokong) melabel saya sebagai pengganti Datuk Seri Lee Chong Wei.

"Saya tidak mahu berfikiran begitu. Ia memerlukan masa," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

Must Watch Video