Prospek atlet badminton negara, Teoh Mei Xing, dalam satu kenyataan di Instagram mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton apabila memilih untuk bersara selepas 10 tahun mewakili pasukan kebangsaan.
Untuk rekod, pemain beregu wanita negara itu mencapai ranking tertinggi di kedudukan ke-17 dunia bersama Anna Cheong sekitar 2023 selain meraih gelaran juara Terbuka Czech pada 2021 dan Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi pada 2021.
Pemain berusia 29 tahun itu mengambil keputusan tersebut tanpa rasa penyesalan, malah menyingkap kembali perjalanannya sepanjang bergelar wakil Malaysia.
Dia pernah bergandingan bersama Go Pei Kee, termasuk Hoo Pang Ron dan Tee Kai Wun dalam sektor beregu campuran.
Mei Xing merupakan sebahagian pemain daripada skuad negara yang pernah meraih pingat gangsa dalam Piala Sudirman 2021 dan 2023 serta Sukan SEA Thailand tahun lalu.