Kepulangan semula Nova Widianto menabur bakti di tanah kelahiran selepas hampir lebih tiga tahun bersama pasukan kebangsaan.
Nova yang sebelum ini mengetuai kejurulatihan sektor beregu campuran di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencipta pencapaian paling bermakna apabila gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025, sekali gus mencipta sejarah sebagai pasangan beregu campuran pertama Malaysia memenangi gelaran dunia itu.
Tinjauan di media sosial menyaksikan bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing 2008 itu sudah memulakan perkhidmatan bersama badan induk Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI) semalam.
He is here! ๐๐
Good luck, coach Nova ๐ช๐ป๐ธ๐ฎ๐ฉ#BadmintonIndonesia pic.twitter.com/11EGT7s0Rvโ BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) September 8, 2026
BAM dalam perkembangan sama memaklumkan masih menjelaskan proses penilaian serta tapisan terhadap calon yang dipertimbangkan bagi mengisi jawatan yang ditinggalkan Nova.
BAM turut menafikan pelantikan ketua jurulatih beregu lelaki remaja negara, Pang Cheh Chang, sebagai ketua jurulatih beregu campuran negara.
Pengumuman rasmi akan dibuat usai keputusan proses selesai.