Skip to main content

Badminton

Badminton Remaja Allianz: 308 serlah bakat di Alor Setar

;;;;'
Advertisement

Seramai 308 pemain berbakat menyertai cabaran pusingan kesembilan Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) 2026 yang berlangsung di Alor Setar, Kedah dari 8 hingga 11 Oktober lalu.

Bagi kategori beregu perempuan B-15, gandingan See Jie Le-Ang Sin Yi muncul juara selepas mengetepikan cabaran Nur Aina Batrisya Mohd Effendy-Nur Marissa Amani Sarizan 15-5, 15-13.

Advertisement

Hasrat Jie Le untuk meraih kejuaraan berganda tidak kesampaian selepas terpaksa akur tewas kepada Nur Khalishah Abdul Razak 10-15, 7-15 dalam penentuan final perseorangan perempuan B-15.

Yeoh Han Son pula mendominasi kategori perseorangan lelaki B-15 menerusi kemenangan dramatik tiga set 14-16, 15-8, 17-15, ke atas pencabar, Fong Carson.

Advertisement

"Saya amat gembira dapat bergelar juara.

"Saya tidak tertekan dalam permainan malah menikmatinya.

"Saya dapat bermain dengan baik.

Saya tenang memikirkan jalan menewaskan lawan dan saya berharap mampu meneruskan rentak ini dalam pusingan akhir," kata Han Son.  

Sementara kategori B-11, Nur Adelia Ulfa Firdaus, menjuarai kategori perseorangan perempuan selepas atasi Lim Yun Xi 16-14, 15-11, manakala Khasyaf Aiden Aidil mengungguli kategori lelaki B-11 menerusi kemenangan straight set 17-15, 15-5 ke atas Bryan Lim.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video