Skip to main content

Badminton

Badminton: Rasmi! Malaysia juara dunia buat kali pertama!

BD
Advertisement

Beregu wanita yang sedang meningkat naik negara, Genevie Lim-Low Zi Yu, mencipta sejarah apabila menjadi beregu wanita pertama Malaysia menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir malam tadi. 

Ia, sekali gus menyaksikan gandingan muda kebangsaan itu menamatkan penantian 34 tahun sejak penganjuran kejohanan itu bermula pada 1992. 

Advertisement

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, Genevie Lim dan Zi Yu terpaksa sedikit bersabar tatkala permainan diheret hingga set penentuan. 

Mereka terlebih dahulu memenangi set pertama 15-7 sebelum lawan dari Jepun, Nijika Kamata-Shizuku Kashio, melakar kebangkitan 9-15 pada set berikutnya. 

Advertisement

Dengan ketenangan, akhirnya kejayaan memihak kepada wakil negara 15-12 untuk membawa pulang kejuaraan berprestij itu buat kali pertama dalam sektor tersebut untuk Malaysia. 

Kali terakhir Malaysia memenangi kejuaaran ini pada 2024 menerusi beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video