Seramai lima wakil akan membawa cabaran negara dalam saingan Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 di Hangzhou, China, bermula 17 hingga 21 Disember nanti.
Beregu lelaki Utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang turun selaku pilihan kedua kejohanan berada dalam Kumpulan B Bersama wakil dari India, China dan Indonesia.
Advertisement
Manakala, satu lagi wakil negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dalam Kumpulan A Bersama piliha pertama kejohanan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, wakil Indonesia dan Chinese Taipei.
🇲🇾🔥 Undian Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 – Hangzhou 🔥🇲🇾
Wakil Malaysia:⁰🏸 MD: Aaron/Soh, Man/Tee⁰🏸 WD: Pearly/Thinaah⁰🏸 XD: Chen/Toh, Goh/Lai
Ayuh Malaysia! 💪🇲🇾
⁰#BWFWorldTourFinals #Hangzhou2025 #MalaysiaBoleh@ASTROARENA pic.twitter.com/rPsvVFWPKB— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) December 13, 2025
Dalam pada itu, wakil tunggal negara dalam acara beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, pula berada dalam Kumpulan A bersama wakil China dan dua lagi dari Jepun.
Malah, Dua wakil beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, diundi dalam kumpulan sama, Kumpulan B bersama lawan dari China dan Indonesia.