Skip to main content

Badminton

Badminton: Pertama kali Aaron-Roy King digandingkan dan menang, ini petanda baik -- James

ddd
Advertisement

Tiada lagi istilah ekseperimen buat Aaron Tai  dan Yap Roy King!

Sudah tiba masanya 'scratch pair' ini diberikan peluang untuk meneruskan keberkesanan gandingan mereka di pentas seterusnya.

Advertisement

Selepas berterusan menjadi 'bahan uji kaji', sudah tiba masanya untuk gandingan ini lebih banyak keserasian bersama demi menuai kejayaan demi kejayaan.

Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, menegaskan gandingan ini sudah memberi petunjuk jelas selepas kejayaan mereka bergelar juara dalam Jelajah Dunia Super 500 sebelum ini.

Advertisement

"Pertama kali digandingan dan menang, ini petanda yang bagus. Saya harap Harry dan Rexy melihat gandingan ini dan meneruskan gandingan ini, tidak memisahkan mereka lagi.

"Mereka memisahkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (sebelum ini), sekarang digandingkan serta mara ke final, mereka kalah tetapi beraksi dengan baik hingga ke final," katanya,

James menggesa Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky, dan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, menumpukan dan mengekalkan gandingan Aaron-Roy King yang dilihat berpotensi untuk diberikan tugasan penting selepas ini

"Mereka sudah menang Super 300, sekarang beraksi di final Super 750, itu bagus buat mereka. Saya harap jurulatih dapat lakukan sesuatu yang terbaik buat mereka." tambahnya.

Aaron-Roy King muncul juara Terbuka Artik sebelum tewas di tangan pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam pusingan 16 terbaik di Terbuka Denmark tempoh hari.

Gandingan ini bakal bertemu beregu Korea Selatan yang berada di ranking  pertama dunia Kim Won Ho-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka Perancis esok.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video