Skip to main content

Advertisement

Badminton

Badminton Para Dunia: Sukan Para ASEAN bukan bayangan sebenar prestasi Cheah Liek Hou

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cheah liek hou

Dua pingat perak Sukan Para ASEAN Korat di Thailand tidak menjejaskan misi Cheah Liek Hou untuk mempertahankan pingat emas dalam Kejohanan Badminton Para Dunia yang dijadual berlangsung di Bahrain pada 7 hingga 14 Februari depan.

Prestasi pemain badminton para negara itu sebelum ini dilihat sedikit terkesan berikutan isu klasifikasi serta suasana di Thailand yang nyata memberi cabaran tersendiri buatnya.

Advertisement

"Tidur saya kurang lena jadi setiap hari mutu pemulihan saya juga rendah (ketika Sukan Para ASEAN yang lalu).

"Tapi saya jangka venue dan kemudahan Bahrain tiada masalah.

"Saya akan berlatih secepat mungkin untuk hadapi Kejohanan Dunia," kata juara Sukan Paralimpik 2020 dan 2024 itu.

Perkara itu turut diakui jurulatihnya, Nova Armada, yang percaya faktor tersebut mempengaruhi rentak permainan semasa Liek Hou.

Begitupun, Nova optimis anak buahnya itu tidak akan berdepan sebarang masalah untuk kembali mempamerkan aksi terbaik dan tampil lebih garang di Bahrain kelak.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video