Skip to main content

Badminton

Badminton MSSM: BAM tunggu dulu, SPM lagi penting

hj

Peluang keemasan menyertai sesi pemilihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara sememangnya berharga dan menjadi impian ramai pemain muda.

Namun, buat gandingan Qaid Darwisy dan Syed Harraz Sayed Muzir, hasrat itu terpaksa ditangguh bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki tahun ini.

Meskipun berat hati melepaskan kesempatan itu, kedua-dua pemain berusia 17 tahun itu tetap menyimpan harapan kembali mencuba nasib sekiranya dipanggil menyertai sesi pemilihan berkenaan awal tahun depan.

Pilihan itu hadir bersama cabarannya tersendiri apabila mereka perlu mengimbangi komitmen sebagai atlet dan pelajar pada masa yang sama.

"Kami terpaksa tolak tawaran sebab nak fokus kepada pelajaran terlebih dahulu.

"Perlu bijak bahagikan masa, rehat juga sangat sedikit.

"Kami ditekankan aspek disiplin dan akademik," kata Syed Harraz di Sintok, Kedah hari ini. 

Dalam usaha mengejar kejayaan kedua-dua bidang, bimbingan jurulatih, Amzar Zainuddin. turut menjadi faktor penting yang membantu mereka kekal berdisiplin dan fokus terhadap matlamat masing-masing.

Status selaku juara bertahan acara beregu lelaki B-18 MSSM terus dibuktikan apabila mereka meneruskan aksi cemerlang dalam saingan edisi kali ini bagi menghidupkan misi mempertahankan kejuaraan.

"Nak imbangi di antara sukan dan pelajaran susah, ia perlukan pengorbanan.

"Latihan sangat memenatkan. Kami memulakan latihan seawal lima hingga lapan pagi, kemudian bersekolah hingga pukul tiga petang.

"Jam empat petang kembali berlatih dan begitulah rutin harian kami," kata Qaid pula. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Related Topics

Must Watch Video